Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    PERMOHONAN ID PENGGUNA PORTAL AWAM e-TANAH WPKL BAGI FIRMA GUAMAN

    Tarikh Kemaskini: Wed, 16 Aug 2017

    Image1 Image

     

    PERMOHONAN ID PENGGUNA PORTAL AWAM e-TANAH WPKL
     
    Adalah dimaklumkan bahawa Sistem e-Tanah akan mula beroperasi di PPTG WPKL bermula 19 Jun 2017. Antara kemudahan yang akan diperkenalkan dengan penggunaan sistem e-Tanah adalah pengenalan kepada Portal Awam. Portal ini menyediakan kemudahan secara elektronik seperti:
     
    1.     e-Carian – Permohonan Carian Persendirian Hakmilik Tanah dan Strata secara atas talian
     
    2.     e-Permohonan – Permohonan Memecah Bahagi Bangunan (Strata), Consent dan Lelong secara atas talian
     
    3.     e-Semakan – Semakan status permohonan secara atas talian
     
    4.     e-Bayaran – Semakan cukai tanah dan pembayaran secara atas talian

    Untuk menikmati kemudahan ini, pengguna perlu mempunyai ID Pengguna untuk mengakses Portal Awam e-Tanah. Oleh itu, Firma Guaman yang sudah berdaftar dengan pejabat ini perlu mengisi BORANG KEPERLUAN ID PENGGUNA FIRMA GUAMAN yang disediakan dan mengemukakan borang yang telah lengkap kepada etanahklsupport@ptgwp.gov.my. Maklumat nama firma, alamat emel dan kod firma wajib diisi.
     

    Satu email notifikasi akan dihantar kepada pengguna untuk memaklumkan tentang ID Pengguna dan Kata Laluan. Pengguna boleh menggunakan Portal Awam e-Tanah iaitu di www.ptgwp.gov.my dengan menggunakan ID Pengguna yang dikemukakan.
     
    Sekian Terima Kasih
     
    e-Tanah KL Support
    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    No Telefon: +603-2693 6429