Kebenaran Pukal
Tarikh Kemaskini: Wed, 14 Jul 2021
MAKLUMAT AM
Permohonan Kebenaran Pukal bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN KEBENARAN PUKAL - KPMJ
Bil. | Perkara | Mandatori |
1. | Carian Persendirian / Carian rasmi / salinan hakmilik pejabat tanah diakuisah oleh Pendaftar Hakmilik | / |
2. | Dokumen Jadual Hakmllik Strata (Softcopy Excel Spreadsheet) | / |
3. | Perintah Pembangunan (DO) | / |
4. | Rumusan Kuota Jualan | / |
Dokumen Pengenalan - Pemilik / Tuan Tanah Berdaftar / Penjual Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / | |
Dokumen Pengenalan - Penerima Milik / Pembeli Individu - Salinan Kad Pengenalan diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / | |
Lain-Lain (Nyatakan:...............................................) Salinan Surat Kuasa Wakil dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu | ||
MAKLUMAN: PERMOHONAN PINDAHMILIK KALI PERTAMA OLEH PEMBELI ASAL (WARGANEGARA) * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakuisah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. * Permohonan ini hanyalah untuk pembeli pertama sahaja |
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | FI(RM) |
1. | Kebenaran Pukal – KPMJ (bayaran mengikut jumlah hakmilik) | 50 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
Bil | Langkah-langkah |
1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian, pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang |
2. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di antara Pemilik Tanah Berdaftar (Penjual) dan Penerima milik (Pembeli) |
3. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah |
4. | Setelah selesai urusan iii, semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter Unit Kebenaran Pindahmilik |