Majlis Penyampaian Dokumen Hakmilik Tanah Wakaf Pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada MAIWP.
Tarikh Kemaskini: Wed, 11 Mar 2020
| Tarikh | : | 10 Mac 2020 (Selasa) |
| Masa | : | 2.00 petang |
| Tempat | : | Dewan Aras 4, Rumah Persekutuan, PPTG WPKL |
KUALA LUMPUR, 10 Mac 2020 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) telah membangunkan satu (1) urusan khusus iaitu Perletakhakan Tanah Wakaf bagi menangani permasalahan endorsan tanah wakaf melalui sistem eTanah yang telah dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 19 Jun 2017.
Melalui pelaksanaan urusan ini, semua endorsan baharu bagi tanah wakaf di PPTGWPKL akan memaparkan jenis Wakaf, iaitu sama ada Wakaf Am atau Wakaf Khas; serta maklumat nama pewakaf di dalam dokumen hakmilik tanah yang diwakafkan tersebut. Dengan ini, hasrat pewakaf ditunjukkan dengan lebih jelas di atas dokumen hakmilik selaras lafaz wakaf yang telah ditandatangani.
Majlis penyampaian dokumen hakmilik tanah wakaf kepada pihak MAIWP pada hari ini, adalah merupakan hakmilik pertama yang didaftarkan endorsan baharu di bawah Seksyen 416C Kanun Tanah Negara.
Hartanah merupakan unit rumah teres dua (2) tingkat yang diwakafkan oleh Tuan Syed Ahmad Shakirin bin Syed Ghazali sebagai Wakaf Am.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |









