Permohonan Pecah Sempadan Tanah - Seksyen 137 KTN
Tarikh Kemaskini: Wed, 17 Jul 2019
 MAKLUMAT AM
 Permohonan Permohonan Pecah Sempadan Tanah - Seksyen 137 KTN bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN
| Bil. | Perkara | Mandotori | 
| 1. | Borang 9A (3 salinan) | / | 
| 2. | Carian rasmi / salinan hakmilik terkini beserta salinan Pelan | / | 
| 3. | Hak Milik Asal (Sekiranya hak milik asal dipegang oleh pemegang gadaian tersebut ke dalam hak milik baru diperlukan)  |  / | 
| 4. | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan : 1 Pemegang Gadaian 2. Pemegang Pajakan 3. Pemegang Lien 4. Pengkaveat  |  / | 
| 5. | Salinan Resit Cukai Tanah Terkini/Semasa | / | 
| 6. | 1 keping CD Autocad pelan pra hitungan format DXF & DWG 2000 sahaja (Koordinat: GDM 2000 Cassini-soldner)  |  / | 
| 7. |   Pelan:  |  / | 
| 8. | Salinan Perintah Pembangunan / Surat dari DBKL dan masih berkuatkuasa 1. Perintah Pembangunan (1 tahun tempoh sah laku) 2. Surat Kelulusan dari JPRB - sekiranya Perintah Pembangunan belum dikeluarkan  |  / | 
| 9. | Bukti pembelian tanah : 1. Permohonan Individu - Salinan kad pengenalan pemilik - Salinan pemegang surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 2. Permohonan pemilik berdaftar (Syarikat) - Carian SSM (3 bulan dari tarikh permohonan) - Salinan dokumen surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 3. Permohonan Pertubuhan / Persatuan / Perbadanan - Salinan Perlembagaan - Surat pengesahan lantikan 4. Permohonan Pemegang Amanah - Salinan surat ikatan amanah (Trust Deed)  |  / | 
| 10. | 4 keping gambar tapak semasa / terkini yang menunjukkan perbezaan sudut pandangan (Saiz 5R) | / | 
| * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret,  Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakui sah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan.  |  ||
FI
 Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) | 
| 1. | Permohonan bagi setiap hak milik | RM100.00 | 
PERMOHONAN ATAS TALIAN
 Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah | 
| 1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian Sistem e-TANAH (PPS), pemohon perlu mencetak untuk mendapatkan slip urusan yang dipohon | 
| 2. | Setelah selesai urusan (1), dokumen tersebut serta surat kelulusan yang dikeluarkan hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter SPOC Bahagian Pembangunan Tanah | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


