Permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah - Seksyen 124 KTN
 MAKLUMAT AM
 Permohonan Permohonan Tukar Syarat Nyata Tanah - Seksyen 124 KTN  bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN .
| Bil. | Perkara | Mandotori | 
| 1. | Borang 19 (3 salinan) | / | 
| 2. | Carian rasmi / salinan hakmilik terkini beserta salinan Pelan | / | 
| 3. |   Hak Milik Asal (Sekiranya hak milik asal dipegang oleh pemegang gadaian tersebut ke dalam hak milik baru diperlukan)  |  / | 
| 4. |   Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan : 1. Pemegang Gadaian 2. Pemegang Pajakan 3. Pemegang Lien 4. Pengkaveat  |  / | 
| 5. |   Pelan: 15 keping pra hitungan – Diperakukan oleh DBKL; ATAU 10 Keping deraf pelan pra hitungan (bagi permohonan yang diluluskan oleh DBKL)  |  / | 
| 6. |   Salinan Perintah Pembangunan / Surat dari DBKL dan masih berkuatkuasa 1. Perintah Pembangunan (1 tahun tempoh sah laku) 2. Surat Kelulusan dari JPRB (zoning) – sekiranya Perintah Pembangunan belum dikeluarkan  |  / | 
| 7. |   Bukti pembelian tanah : 1. Permohonan Individu   |  / | 
| * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret,  Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakui sah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan.  |  ||
FI
 Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) | 
| 1. | Permohonan Bagi Setiap Hak Milik | 150.00 | 
PERMOHONAN ATAS TALIAN
 Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah | 
| 1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian Sistem e-TANAH (PTS), pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang | 
| 2. | Borang tersebut tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemohon | 
| 3. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah | 
| 4. | Setelah selesai urusan iii, semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter SPOC Bahagian Pembangunan Tanah | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


