Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah - Seksyen 204D KTN
Tarikh Kemaskini: Wed, 17 Jul 2019
 MAKLUMAT AM
 Permohonan Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah - Seksyen 204D KTN bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN .
| Bil. | Perkara | Mandotori | 
| 1. | Borang 12D (3 salinan) | / | 
| 2. | Carian rasmi / salinan hakmilik terkini beserta salinan Pelan | / | 
| 3. |   Hak Milik Asal (Sekiranya hak milik asal dipegang oleh pemegang gadaian tersebut ke dalam hak milik baru diperlukan)  |  / | 
| 4. | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan : 1 Pemegang Gadaian 2. Pemegang Pajakan 3. Pemegang Lien 4. Pengkaveat  |  / | 
| 5. | Salinan Resit Cukai Tanah Terkini/Semasa | / | 
| 6. | 1 keping CD Autocad pelan pra hitungan format DXF & DWG 2000 sahaja | / | 
| 7. |   Pelan: 15 keping pra hitungan – Diperakukan oleh DBKL; ATAU 10 Keping deraf pelan pra hitungan (bagi permohonan yang diluluskan oleh DBKL)  |  / | 
| 8. |   Salinan Perintah Pembangunan / Surat dari DBKL dan masih berkuatkuasa 1. Perintah Pembangunan (1 tahun tempoh sah laku) 2. Surat Kelulusan dari JPRB (zoning) - sekiranya Perintah Pembangunan belum dikeluarkan 3. Bagi bangunan yang telah siap dibina dan diduduki. Sila serahkan Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF/CC)  |  / | 
| 9. |   Bukti pembelian tanah : 1. Permohonan Individu - Salinan kad pengenalan pemilik - Salinan pemegang surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 2. Permohonan pemilik berdaftar (Syarikat) - Carian SSM (3 bulan dari tarikh permohonan) - Salinan dokumen surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 3. Permohonan Pertubuhan / Persatuan / Perbadanan - Salinan Perlembagaan - Surat pengesahan lantikan 4. Permohonan Pemegang Amanah - Salinan surat ikatan amanah (Trust Deed)  |  / | 
|   * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakui sah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan.  |  ||
FI
 Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) | 
| 1. | Permohonan Bagi Setiap Hak Milik | 300.00 | 
| 2. | Permohonan bagi setiap lot yang akan dikeluarkan hak milik selepas pemberimilikan semula | 20.00 | 
PERMOHONAN ATAS TALIAN
 Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah | 
| 1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian Sistem e-TANAH (PSBB), pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang | 
| 2. |   Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemohon  |  
| 3. |   Setelah selesai urusan (2), sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah  |  
| 4. | Setelah selesai urusan (3), semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter SPOC Bahagian Pembangunan Tanah | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


