Sesi Town Hall Pemilik Tanah Kampong Bharu Bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan
Tarikh Kemaskini: Wed, 4 Dec 2019
Satu sesi town hall bersama pemilik tanah Kampong Bharu telah diadakan bersama Menteri Wilayah Persekutuan bagi menjawab segala persoalan dan memberi penjelasan secara menyeluruh berhubung pelan pembangunan semula Kampung Baru. Sesi tersebut telah diadakan di Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 21 September 2019. PPTG WP telah dijemput untuk menyertai pameran yang akan terletak diluar dewan tersebut. PPTG WP telah menawarkan khidmat semakan bil dan pembayaran cukai tanah bagi penduduk Kg Bharu dan semakan hak milik secara PERCUMA bagi pemilik Kg Bharu serta khidmat nasihat bagi urusan-urusan permohonan tanah yang berkaitan.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |