Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Hebahan Modul Awam Pendaftaran

    Tarikh Kemaskini: Isn, 3 Sep 2018

    Image1 Image

     

    1. Modul Awam Pendaftaran boleh diakses oleh pengguna Modul Awam e-Tanah di portal www.ptgwp.gov.my mulai 3 September 2018. Mana-mana pihak yang belum mempunyai ID Pengguna Awam boleh mendaftar secara atas talian di portal tersebut.
       
    2. Lima (5) urusan disediakan iaitu Tarik Balik Kaveat Persendirian, Perletakhakan oleh Mahkamah, Melepaskan Gadaian, Pindahmilik Tanah dan Gadaian.
       
    3. Modul ini membolehkan penyediaan borang dibuat secara atas talian dan seterusnya pengguna boleh mencetak dan melengkapkan borang sebelum serahan dibuat di kaunter PPTGWPKL. Borang hardcopy perlu diserahkan ke kaunter PPTGWPKL selaras Bahagian Lapan Belas Kanun Tanah Negara 1965.
       
    4. Faedah modul ini ialah:-
      i) Memudahkan penyediaan borang permohonan oleh pengguna;
      ii) Memastikan maklumat dimasukkan lengkap dan tepat. Contoh: maklumat hakmilik;
      iii) Penggunaan borang mengikut format yang ditetapkan; dan
      iv) Persediaan perserahan elektronik di bawah seksyen 292A Kanun Tanah Negara 1965.
       
    5. Pengguna boleh merujuk Manual Pengguna yang disediakan di portal sebagai panduan penggunaan Modul Awam Pendaftaran.
       
    6. Borang hardcopy yang dibuat pindaan kecil selepas disempurnakan boleh diterima oleh pejabat ini.
       
    7. Borang atas talian yang disediakan adalah fleksibel yang mana pengguna boleh memasukkan maklumat mengikut keperluan. Contohnya maklumat penyaksian, surat kuasa wakil, surat amanah dan penandatangan bagi pihak syarikat.
       
    8. Sebarang pindaan pada borang atas talian boleh dibuat sehingga dokumen hardcopy diserahkan ke PPTGWPKL.
       
    9. Modul Awam Pendaftaran merupakan satu pilihan kepada pengguna dalam penyediaan borang. Penggunaan borang yang diisi secara manual masih diterima di pejabat ini. Bagaimanapun, pengguna disyorkan untuk menggunapakai Modul Awam Pendaftaran ini bagi membantu memudahkan urusan penyediaan borang.
       

    PPTGWPKL
    21 Ogos 2018