Kebenaran Pajakan
MAKLUMAT AM
Permohonan Kebenaran Pajakan bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN KEBENARAN PAJAKAN – KPJK
Bil. | Perkara | Mandatori |
1. | Carian Persendirian / Carian Rasmi / Salinan hakmilik pajakan tanah diakuisah oleh Pendaftar Hakmilik | / |
2. | Salinan Perjanjian Pajakan | / |
3. | Pelan Tapak Kawasan yang dipajak bersaiz A3 | / |
4. | Dokumen Pengenalan - Pemilik / Tuan Tanah Berdaftar / Pemajak Individu - Salinan Kad Pengenalan / Pasport diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / |
5. | Dokumen Pengenalan - Penerima Pajak / Penerima Pajakan Kecil Individu - Salinan Kad Pengenalan / Pasport diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / |
6. | Lain-Lain (Nyatakan:...............................................) Salinan Surat Kuasa Wakil dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu | |
* Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakuisah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. |
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | FI(RM) |
1. | Kebenaran Pajakan – KPJK | 50 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
Bil | Langkah-langkah |
1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian, pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang. |
2. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di antara Pemberi Pajakan dan Penerima Pajakan. |
3. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah. |
4. | Setelah selesai urusan iii, semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter Unit Kebenaran Pindahmilik |