MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS JPM 2017
Perhimpunan ini diadakan pada setiap bulan sepanjang tahun 2017 ini. Pihak PPTG WP bersama-sama UJKT telah dipilih untuk menganjurkan majlis perhimpunan JPM pada bulan Julai ini.
Perhimpunan pada kali ini dianjurkan khas untuk YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, TKSUK JPM yang akan bersara awal pada 31 Julai 2017 ini. Pasukan koir PPTG WP telah mempersembahkan mantap dengan nyanyian khas (3 medley lagu) serta paparan montaj video mengenai biodata dan perkhidmatan YBhg. TKSUK yang telah disediakan oleh pihak UKK PPTG WP.
Selain itu, terdapat 2 sesi pelancaran/perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. TKSUK iaitu Pelancaran Laman Web rasmi PUSPANITA Cawangan Kecil JPM dan Perasmian pembukaan RUMAH HIJAU Kompleks JPM.
Tahniah kepada Cik Saidatun Najmiah Binti Mohd Jamil, PTD Gred M44 dari Bahagian Pengurusan Acara, JPM kerana telah menerima anugerah Penjawat Cemerlang Bulan Jun 2017, penerima anugerah peminjam bahan bacaan paling aktif perpustakaan JPM, penerima-penerima surat kenaikan pangkat & pemangkuan daripada setiap agensi dibawah JPM dan tahniah Bahagian Pembangunan, PUU Dan Unit Integriti, JPM atas kemenangan dalam pertandingan klip video hari raya JPM 2017.
Terima kasih kepada 58 orang staf PPTG WP, urus setia dan pasukan koir yang telah hadir, memberi sokongan dalam menjayakan perhimpunan khas pada kali ini.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |