Majlis Perhimpunan PPTG WP Bilangan 1/2019
Tarikh Kemaskini: Sel, 14 Mei 2019
Majlis Perhimpunan PPTG WP Bilangan 1/2019 ini telah diadakan pada 07 Mei 2019 (Selasa), jam 2.00 petang bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 4, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman, kehadiran dalam perhimpunan ini adalah seramai 231 orang daripada 323 orang jemputan. Selain daripada mengeratkan silaturrahim antara Tuan Pengarah dan warga PPTG WP, pihak pengurusan telah mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada 33 orang staf PPTG WP yang telah dipilih untuk menerima Sijil Penghargaan bagi Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) bagi bulan Januari 2019 hingga Mac 2019. Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rahman bin Johor, Pengarah baharu dan tidak lupa juga untuk meraikan staf-staf baharu yang telah lapor diri di PPTG WP.
Salah satu pengisian dalam majlis pada kali ini adalah sesi pertandingan menjawab kuiz melalui aplikasi online KAHOOT! dimana para hadirin akan menjawab 10 soalan kuiz secara online mengenai dengan Program Pelaksanaan ICT Hijau. TAHNIAH kepada semua penerima APCB dan 3 pemenang kuiz ICT Hijau.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |