MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPTG WP 2017
Majlis ini diadakan pada setiap tahun untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan silaturrahim antara Tuan Pengarah dan warga PPTG WP. Jemputan juga turut dipanjangkan kepada YBhg Tan Sri KSN, pegawai-pegawai kanan JPM yang terpilih serta mantan-mantan Pengarah Tanah dan Galian WP. Salah satu pengisian dalam majlis ini adalah pemberian sumbangan duit raya kepada staff yang dipilih, pertandingan gerai tercantik (14 gerai bertanding), pertandingan pakaian ‘raya’ yang tercantik/unik bagi perempuan dan lelaki serta permainan soalan-soalan ‘raya’.
Tahniah kepada Bahagian Pengurusan Maklumat kerana telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Gerai Tercantik dan pakaian raya yang tercantik/unik dimenangi oleh En. Muhammad Aiman dan Cik Nur Syahirah. Tahniah juga kepada semua penerima hadiah bagi permainan soalan raya.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |