Makluman: Gangguan Capaian Rangkaian Disebabkan Penyelenggaraan Bekalan Elektrik di Bangunan RPKL
Tarikh Kemaskini: Jum, 6 Dis 2019
Adalah dimaklumkan, pihak pengurusan bangunan Rumah Persekutuan Kuala Lumpur (RPKL) akan membuat aktiviti penyelenggaraan bekalan elektrik di RPKL pada ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Disember 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – sehingga selesai (jangkaan 5.00 petang)
Tempat : Bangunan RPKL
Sehubungan dengan itu, aktiviti penyelenggaraan bekalan elektrik ini berkemungkinan akan mengakibatkan gangguan pada operasi pusat data dan capaian rangkaian PPTG WPKL termasuk portal awam dan Sistem e-Tanah sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.