Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    PELAKSANAAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SEPENUHNYA ATAU END-TO-END (E2E) FASA KEDUA, MELIBATKAN TUJUH (7) URUSAN PEMBANGUNAN TANAH BERMULA 25 JUN 2021

    Tarikh Kemaskini: Jum, 18 Jun 2021

     

    Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) telah memanjangkan lagi perkhidmatan atas talian sepenuhnya atau end-to-end (E2E) Fasa Kedua, melibatkan tujuh (7) urusan pembangunan tanah bermula 25 Jun 2021 seperti berikut:
     
    1. Permohonan penyerahan balik dan pemberimilikan semula di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara (KTN) 1965;
    2. Permohonan pecah sempadan dan meminda kategori, syarat nyata dan sekatan kepentingan serentak di bawah seksyen 124A KTN 1965;
    3. Permohonan pecah sempadan tanah di bawah seksyen 137 KTN 1965;
    4. Permohonan pecah bahagi tanah di bawah seksyen 142 KTN 1965;
    5. Permohonan penyatuan tanah di bawah seksyen 148 KTN 1965;
    6. Permohonan penyerahan seluruh tanah di bawah seksyen 197 KTN 1965; dan
    7. Permohonan penyerahan sebahagian tanah di bawah seksyen 200 KTN 1965.
     
    Penambahbaikan yang telah dilaksanakan ke atas urusan tersebut adalah melibatkan kaedah mengemukakan permohonan, bayaran fi permohonan, cetakan resit, bayaran premium/ kelulusan serta cetakan sijil pengesahan kelulusan permohonan (PKSTUP) secara atas talian oleh pemohon.  Bagi mengetahui status semasa permohonan pula, pemohon boleh merujuk pada dashboard atau melalui semakan ID permohonan di Portal. 
     
    Walau bagaimanapun, bagi tujuan memenuhi keperluan pentadbiran dan perundangan, borang permohonan dan pelan pra-hitungan yang asal bagi permohonan terlibat masih perlu dikemukakan ke pejabat ini secara serahan tangan atau pos ke Bahagian Pembangunan PPTGWPKL.  Begitu juga dengan surat kelulusan yang perlu disampaikan secara serahan tangan sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 431(1)(a) KTN 1965, masih lagi memerlukan pemohon untuk hadir ke pejabat ini bagi tujuan kutipan surat kelulusan.
     
    Melalui pelaksanaan E2E Fasa Kedua ini, kesemua sembilan (9) urusan pembangunan tanah (iaitu 2 urusan pada fasa pertama dan 7 urusan pada fasa kedua) telahpun disediakan secara atas talian sepenuhnya. Ianya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara elektronik yang dapat memudahkan orang awam untuk berurusan dengan pejabat ini dan pada masa yang sama membolehkan pembayaran fi permohonan dan kelulusan secara tanpa tunai (cashless). Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk;
     
    • i. Memudahkan pelanggan untuk melaksanakan urusan secara atas talian dengan kehadiran minima ke kaunter pejabat ini;
    • ii. Permohonan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana jua;
    • iii. Mengurangkan kos dan masa menunggu; dan
    • iv. Menyokong inisiatif Kerajaan untuk menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu atau the new normal dalam usaha mencegah pandemik Covid19.
     
    Bagi menikmati kemudahan ini, pemohon hendaklah berdaftar sebagai pengguna Portal Awam e-Tanah PPTGWPKL terlebih dahulu.  Tempoh peralihan akan diberikan sehingga 31 Disember 2021 sahaja sebelum pejabat ini mewajibkan semua urusan dan transaksi berkaitan permohonan E2E dibuat sepenuhnya secara atas talian.  Dalam tempoh peralihan tersebut, pemohon masih lagi boleh melaksanakan urusan E2E di kaunter PPTGWPKL.
     
    Untuk mana-mana permohonan yang telah dibuat secara atas talian namun masih belum diteruskan dengan bayaran fi permohonan sehingga 24 Jun 2021, pemohon boleh memilih samada untuk meneruskan permohonan di kaunter ataupun secara atas talian pada 25 Jun 2021. Langkah selanjutnya boleh dirujuk pada FAQ yang disediakan.
     
    Kerjasama dan perhatian yang diberikan berhubung perkara ini amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
     
    Sekian, terima kasih.