Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    MAKLUMAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SEPENUHNYA BAGI URUSAN PEMBANGUNAN TANAH DI PPTG WPKL

    Tarikh Kemaskini: Isn, 2 Nov 2020

     

    Adalah dimaklumkan, bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan memperkenalkan perkhidmatan secara atas talian sepenuhnya atau end-to-end (E2E) bermula 3 November 2020 bagi beberapa urusan pembangunan tanah seperti berikut:

    1. Permohonan meminda kategori, syarat nyata dan sekatan kepentingan tanah di bawah seksyen 124 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965;
    2. Permohonan pelanjutan tempoh bayaran premium bagi permohonan di bawah seksyen 204D KTN 1965 dan premium lanjutan bagi permohonandi bawah seksyen 124 KTN 1965; dan
    3. permohonan rayuan atas keputusan kerajaan melibatkan bagi permohonan di bawah seksyen 124 dan 204D KTN 1965.
       

    Penambahbaikan yang telah dilaksanakan ke atas ketiga-tiga urusan tersebut adalah melibatkan kaedah mengemukakan permohonan, bayaran fi permohonan, cetakan resit, bayaran premium dan premium lanjutan serta cetakan sijil pengesahan kelulusan permohonan (PKSTUP) secara atas talian oleh pihak yang mengemukakan permohonan.  Selain itu, semakan status permohonan dan pertanyaan mengenai permohonan juga dapat dibuat secara atas talian.
     

    Walau bagaimanapun, bagi tujuan memenuhi keperluan pentadbiran dan perundangan, borang permohonan dan pelan pra-hitungan yang asal bagi permohonan di bawah Seksyen 124 KTN 1965 masih perlu dikemukakan kepada ke pejabat ini secara serahan tangan ataupun secara pos ke Bahagian Pembangunan PPTGWPKL.  Begitu juga dengan surat kelulusan yang perlu disampaikan secara serahan tangan sepertimana yang dinyatakan di bawah seksyen 431(1)(a) KTN 1965, masih lagi memerlukan pemohon untuk hadir ke pejabat ini bagi tujuan kutipan surat kelulusan.
     

    Urusan E2E berkaitan dengan pembangunan tanah ini diperkenalkan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan secara elektronik yang dapat memudahkan orang awam untuk berurusan dengan pejabat ini.  Pelaksanan ini juga bertujuan untuk;

    1. Memudahkan pelanggan untuk melaksanakan urusan-urusan terpilih secara atas talian dengan kehadiran minima ke kaunter pejabat ini;
    2. Permohonan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana jua;
    3. Mengurangkan kos dan masa menunggu; dan
    4. Menyokong inisiatif Kerajaan untuk menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu atau the new normal dalam usaha mencegah pandemik Covid19.
       

    Bagi menikmati kemudahan ini, pemohon hendaklah berdaftar sebagai pengguna Portal Awam e-Tanah PPTGWPKL terlebih dahulu.  Tempoh peralihan akan diberikan sehingga 31 Disember 2020 sahaja sebelum pejabat ini mewajibkan semua urusan dan transaksi berkaitan permohonan E2E dibuat sepenuhnya secara atas talian.  Dalam tempoh peralihan tersebut, pemohon masih lagi boleh melaksanakan urusan E2E di kaunter PPTGWPKL.
     

    Kerjasama dan perhatian yang diberikan berhubung perkara ini amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
     

    Sekian, terima kasih.