Makluman Perubahan Prosedur Berurusan di Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 19 Jun 2017
Tarikh Kemaskini: Sel, 15 Ogos 2017
Makluman Perubahan Prosedur Berurusan di Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mulai 19 Jun 2017
  
- Pelanggan dimohon mendapatkan nombor giliran di kaunter 1 untuk semua urusan (termasuk kutipan perserahan, hakmilik dan salinan sah hakmilik/dokumen).
 - Carian persendirian hakmilik strata boleh dibuat di Kaunter Carian.
 - Perserahan urusniaga dan bukan urusniaga boleh dikemukakan di kaunter seperti biasa.
 - Carian persendirian dan rasmi boleh dibuat di kaunter perserahan dan sebaliknya.
 - Bayaran cukai tanah (tunai dan bank draft) boleh dibuat di kaunter perserahan bagi hakmilik yang terlibat dengan perserahan yang dikemukakan.
 - Urusan permohonan hakmilik hilang & lelong perlu dibuat di kaunter Aras G.
 - Carian persendirian dan rasmi hakmilik tidak boleh diproses sekiranya hakmilik belum ditukarganti kepada hakmilik di bawah Jadual ke-16 Kanun Tanah Negara dan Jadual ke-6 Akta Hakmilik Strata. Permohonan tukarganti hakmilik boleh dibuat secara online.
 - Permohonan carian persendirian hakmilik tanah dan strata secara online boleh dibuat di Portal Awam e-Tanah.  
 - Setiap nombor giliran terhad kepada 5 urusan sahaja bagi kaunter perserahan dan carian.
 
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


