Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    MAKLUMAN: PANDUAN PENDAFTARAN MAKLUMAT PELANGGAN DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DI KAUNTER SARINGAN PPTG WP KUALA LUMPUR

    Tarikh Kemaskini: Rab, 6 Mei 2020

     

    Sehubungan dengan pelaksanaan “Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)”, mulai 04 Mei 2020 (Isnin), semua pelanggan/orang awam yang hadir berurusan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTG WPKL) adalah DIWAJIBKAN untuk membuat pendaftaran pelanggan dengan mengisi borang yang disediakan di bawah.  
    Pendaftaran pelanggan ini bertujuan untuk merekodkan maklumat peribadi pelanggan/orang awam dan seterusnya menjana kod QR individu pelanggan/orang awam tersebut.  Pelanggan/orang awam yang ingin berurusan di PPTG WPKL mesti membawa kod QR tersebut setiap kali datang berurusan bagi membolehkan pihak PPTG WPKL merekodkan maklumat kehadiran. Pendaftaran pelanggan ini hanya PERLU DIBUAT SATU (1) KALI sahaja.

     

    Berikut merupakan langkah – langkah untuk mengisi Borang Pendaftaran Pelanggan

    LANGKAH 1: Sila scan QR Code di bawah menggunakan telefon bimbit atau klik pautan url berikut : https://qrco.de/bbDqXV untuk mengisi Borang Pendaftaran Pelanggan.
     


    LANGKAH 2:  Setelah pengisian dan penghantaran borang tersebut selesai, skrin akan memaparkan kod QR ID pelanggan.  Pelanggan dikehendaki mencetak paparan atau mengambil screen-shot kod QR tersebut atau membawa salinan e-mel notifikasi pendaftaran yang mengandungi kod QR. 
    Berikut merupakan contoh e-mel notifikasi yang mengandungi kod QR setelah pendaftaran berjaya dilakukan.

     

    LANGKAH 3: Sila bawa salinan kod QR berkenaan (samada hardcopy/ softcopy/imej dalam telefon bimbit) dan kemukakan bersama Kad Pengenalan asal di Kaunter Saringan PPTG WP Kuala Lumpur bagi tujuan merekodkan kehadiran setiap kali berurusan sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB.