Permohonan Hakmilik & Pelan Rosak

Maklumat Am

Permohonan Hakmilik & Pelan Rosak dibawah Seksyen 168 KTN.

Senarai Dokumen

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:

Bil. Maklumat / Dokumen Mandatori
1. SURAT PERMOHONAN
  1. No. & Jenis Hakmilik (HSM, HSD, GRN, GM, PM, PN, GRT, CT, EMR, QTR)
  2. No. Lot / PT
  3. Mukim / Bandar / Pekan
  4. Negeri

*Sekiranya pemohon adalah syarikat/persatuan/firma, sila gunakan Letterhead.

 
2. SURAT AKUAN SUMPAH
  1. Kesemua Pemilik Berdaftar
  2. Pemegang Gadaian (sekiranya berkaitan)
  3. Pemegang Kaveat Lien / Persendirian
  4. Mana-mana pihak berkepentingan lain

*Nyatakan sebab kerosakan dan maklumat hakmilik.

 
3. Salinan MyKad yang diakui sah  
4. Laporan Polis (Pilihan)  
5. Dokumen Tambahan (Syarikat)
  1. Borang 13 (jika berkaitan)
  2. Borang 24
  3. Borang 49 / Seksyen 58
  4. Seksyen 14 (jika berkaitan)
  5. Carian SSM terkini (3 bulan)
 
6. Dokumen Tambahan (Persatuan)
  1. Senarai Ahli Persatuan
  2. Akta Tubuh / Perbadanan
  3. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Terkini
 
7. Carian Persendirian / CTC (3 bulan)  
8. Dokumen Hakmilik Keluaran & Pelan Rosak  
9. Salinan Bil Cukai Tanah Tahun Semasa  

Fi

Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53).

Bil. Perkara Fi (RM)
1. Permohonan Hakmilik beserta Pelan Rosak 60.00

Cara Memohon

Permohonan dibuat di Kaunter Pejabat Tanah (Kaunter SPOC Bahagian Pendaftaran).

Contoh Surat:

1. Maklumat Pemohon dan Wakil

2. Surat Akuan Sumpah

3. Surat Permohonan