Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    NOTIS PEMBUKAAN SEMULA KAUNTER DI PPTG WP KUALA LUMPUR

    Tarikh Kemaskini: Jum, 22 Jan 2021

     

    1. Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021, dimaklumkan bahawa kaunter Bahagian Pendaftaran di PPTGWPKL akan kembali mula beroperasi secara terhad kepada pelanggan mulai Isnin, 25 Januari 2021 seperti notis pemakluman.

     

    2. Jenis Perkhidmatan : Semua jenis urusan kutipan (termasuk semua kutipan dokumen perserahan/presentation; kutipan dokumen Carian Rasmi, dan kutipan dokumen hakmilik). 

     

    3. Para pelanggan yang hadir ke premis PPTGWPKL adalah diwajibkan untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan, termasuk memakai pelitup muka (face-mask) setiap masa, menjalani pemeriksaan suhu badan, mendaftar masuk (check-in) kehadiran melalui aplikasi MySejahtera; dan mengamalkan penjarakan sosial (social-distancing) minimum 1 meter serta menggunakan sanitasi tangan (hand-sanitizer) yang disediakan.

     

    4. Memandangkan urusan perserahan (presentation) dokumen tidak termasuk di dalam perkhidmatan operasi terhad, sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh pelanjutan PKP : - 

    i) Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa PKP. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tamat PKP.
     

    ii) Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa PKP. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
     

    iii) Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa PKP diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan dari tarikh tamat PKP.
     

    iv) Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa PKP ditangguhkan dan pejabat ini akan mengeluarkan surat baharu.

     

    5. Pentadbiran ini turut ingin memaklumkan bahawa semua operasi perkhidmatan secara online yang melibatkan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Bayaran-Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah boleh dilaksanakan melalui gerbang Portal Awam e-Tanah PPTG WPKL serta gerbang Single Window Search (SWS), dan para pelanggan adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

     

    6. Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul.