Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    NOTIS PENUTUPAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (PPTG WP)

    Tarikh Kemaskini: Isn, 31 Mei 2021

    Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) DITUTUP sepanjang tempoh penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ bermula 1 Jun 2021 sehingga dibenarkan beroperasi semula. 
     

    Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan sepanjang tempoh tersebut:
     

    1. Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir perserahan.
    2. Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh total lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
    3. Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh total lockdown diberi lanjutan masa selama satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
    4. Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh total lockdown ditangguhkan dan pejabat ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.
    5. Semua slot janji temu bermula 1 Jun 2021 dibatalkan. Permohonan akan dibuka apabila dibenarkan beroperasi semula.

    Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml serta lain - lain perkhidmatan berkaitan. 
     

    Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.
     

    Sekian.Terima kasih.