Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    NOTIS PENUTUPAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (PPTG WP) BERMULA 15 JUN 2021

    Tarikh Kemaskini: Isn, 14 Jun 2021

     

    Adalah dimaklumkan bahawa bahawa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP) DITUTUP selaras dengan arahan Kerajaan berkaitan pelanjutan tempoh PKP 3.0 (lock-down Fasa 2) yang akan bermula pada 15 Jun 2021 sehingga dibenarkan beroperasi semula. 
     

    Sehubungan itu, perkara-perkara berikut akan dikuatkuasa bagi urusan-urusan yang berkaitan PPTG WP Kuala Lumpur sepanjang tempoh tersebut:

    1. Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk mengemukakan perserahan urusniaga ialah dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir perserahan.
    2. Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKP 3.0 lockdown. Kelonggaran untuk membuat kutipan hakmilik ialah dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir yang ditetapkan.
    3. Surat Kebenaran Pindahmilik/Gadaian/Pajakan yang tamat tempoh semasa tempoh PKP 3.0 lockdown diberi lanjutan masa selama dua (2) bulan dari tarikh tamat tempoh surat tersebut.
    4. Semua siasatan lelongan awam dan hakmilik hilang yang telah ditetapkan semasa tempoh PKP 3.0 lockdown adalah ditangguhkan. Pentadbiran ini akan mengeluarkan surat baharu apabila dibenarkan beroperasi semula.
    5. Semua slot janjitemu perserahan (e-Janjitemu) melalui sistem e-Tanah hanya akan dibuka semula untuk tempahan apabila dibenarkan beroperasi semula.

    Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi(http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam eTanah Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) serta lain - lain perkhidmatan berkaitan. 
     

    Pentadbiran ini memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dipihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.
     

    Sekian. Terima kasih.