Pameran PPTG WP bersempena Hari Tanah Negara Tahun 2019
Tarikh Kemaskini: Jum, 2 Ogos 2019
Dimaklumkan bahawa PPTG WP telah dijemput untuk menyertai pameran bersempena Hari Tanah Negara Tahun 2019 yang bertemakan Pentadbiran Tanah Elektronik Pemangkin Pembangunan Negara Dalam Era Revolusi Induatri 4.0 bertarikh 29 Julai 2019 (Isnin), bermula jam 7.45 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Hotel The Everly, Putrajaya. Sempena Hari Tanah Negara ini, pihak JKPTG telah mengadakan program Persidangan Pentadbir Tanah Malaysia Kali Ke-25 pada 27 Julai setiap tahun yang dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dimana bagi persidangan ini, YBhg Dato’ Pengarah PTGWP telah dilantik sebagai moderator. Berikutan dengan kesesuaian tema program, pihak PPTG WP telah mempamerkan mengenai pelaksanaan permohonan melalui Sistem e-TANAH dan hebahan awal Pelaksanaan Cukai Petak Strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Gambar Pilihan:
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |