Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    PELAKSANAAN SISTEM e-JANJI TEMU BAGI PERSERAHAN URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    Tarikh Kemaskini: Isn, 5 Jul 2021

     

    Selaras dengan keputusan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausahan Negara pada 29 Jun 2021 berhubung pembukaan semula kaunter perkhidmatan kerajaan secara fizikal mulai 1 Julai 2021,  Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan melaksanakan Sistem e-Janji Temu yang boleh diakses di Portal Awam e-Tanah PPTG WPKL mulai 30 Jun 2021. Tarikh tempahan janji temu melalui sistem ini akan bermula pada 5 Julai 2021.
     
    Sistem e-Janji Temu ini adalah platform yang membolehkan pihak firma guaman membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga di PPTGWPKL.
     
    Syarat-syarat yang ditetapkan bagi tempahan e-Janji Temu PPTGWPKL adalah seperti berikut:
    i) Tempahan di dalam e-Janji Temu boleh dibuat oleh firma guaman yang mempunyai ID dan kata laluan Portal Awam e-Tanah.
    ii) e-Janji Temu boleh dibuat mulai 5 Julai 2021
    iii) Tempahan bagi setiap firma guaman adalah terhad kepada empat (4) slot sahaja setiap hari dan maksima dua (2) set perserahan dalam satu tempahan. 
    iv) Slip dan kod QR janji temu akan dijana selepas tempahan berjaya dibuat. Slip atau imej kod QR tesebut hendaklah dikemukakan ketika berurusan di kaunter berkenaan.  
    v) Pemohon perlu berada di pejabat ini 30 minit sebelum waktu janji temu. Pejabat ini berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat. 
    vi) Pemohon hendaklah membatalkan tempahan e-Janji Temu sekiranya tidak dapat hadir. Pejabat ini akan memantau prestasi kehadiran. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat daripada berurusan.
    vii) Semua peguam dan wakil firma guaman diwajibkan untuk membuat tempahan janji temu melalui e-Janji Temu bagi urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. Mana-mana peguam dan wakil firma yang hadir tanpa tempahan janji temu daripada firma guaman tidak dibenarkan membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. 
     
    Mulai 5 Julai 2021, semua wakil firma yang ingin membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dikehendaki mengemukakan slip janji temu yang dijana daripada Portal Awam e-Tanah PPTGWPKL.
     
    Rujuk Tutorial Penggunaan Manual Pengguna (link manual pengguna) dan Soalan Lazim (link FAQ) berhubung e-Janji Temu untuk maklumat lanjut. 
     
    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    30 Jun 2021