Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Pelaksanaan Sistem e-Janji Temu Bagi Perserahan Urusniaga dan Bukan Urusniaga di PPTG WPKL

    Tarikh Kemaskini: Isn, 24 Mei 2021

     
    Selaras dengan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketatkan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan melaksanakan Sistem e-Janji Temu yang boleh diakses di Portal Awam e-Tanah PPTG WPKL mulai 25 Mei 2021. Tarikh tempahan janji temu akan bermula pada 25 Mei 2021.
     
     
    Sistem e-Janji Temu atau janji temu online adalah platform yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga di PPTGWPKL.
     
     
    Syarat-syarat yang ditetapkan bagi tempahan e-Janji Temu PPTGWPKL adalah seperti berikut:
     
    1. Tempahan di dalam e-Janji Temu boleh dibuat oleh semua pengguna awam yang mempunyai ID dan kata laluan Portal Awam e-Tanah.
    2. e-Janji Temu boleh dibuat mulai 25 Mei 2021
    3. Tempahan bagi setiap firma guaman adalah terhad kepada empat (4) slot sahaja setiap hari. 
    4. Slip dan kod QR janji temu akan dijana selepas tempahan berjaya dibuat. Slip atau imej kod QR tesebut hendaklah dikemukakan ketika berurusan di kaunter berkenaan.  
    5. Pemohon perlu berada di pejabat ini 30 minit sebelum waktu janji temu. Pejabat ini berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat. 
    6. Pemohon hendaklah membatalkan tempahan e-Janji Temu sekiranya tidak dapat hadir. Pejabat ini akan memantau prestasi kehadiran. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat daripada berurusan.
    7. Semua peguam dan wakil firma guaman diwajibkan untuk membuat tempahan janji temu melalui e-Janji Temu bagi urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. Mana-mana peguam dan wakil firma yang hadir tanpa tempahan janji temu daripada firma guaman tidak dibenarkan membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. 

       
    Mulai 25 Mei 2021, semua wakil firma yang ingin membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dikehendaki mengemukakan slip janji temu yang dijana daripada Portal Awam e-Tanah PPTGWPKL.
     
     
    Rujuk Tutorial Penggunaan (link Video tutorial penggunaan e-Janji Temu), Manual Pengguna (link manual pengguna) dan Soalan Lazim (link FAQ) berhubung e-Janji Temu untuk maklumat lanjut. 
     
     
    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    24 Mei 2021