Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    PELAKSANAAN SISTEM e-JANJI TEMU PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

    Tarikh Kemaskini: Ahd, 7 Jun 2020

     

    Sistem e-Janji Temu akan beroperasi dan boleh diakses di Portal Awam e-Tanah mulai 16 Jun 2020. Tarikh tempahan janji temu akan bermula pada 22 Jun 2020.

     

    Sistem e-Janji Temu atau janji temu online adalah platform yang membolehkan pelanggan membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di PPTGWPKL pada tarikh dan masa yang dipilih oleh pelanggan.

     

    Perkhidmatan yang boleh dibuat melalui e-Janji Temu adalah:

    1. Perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. Contohnya Pindahmilik Tanah, Gadaian, Kaveat Persendirian dan lain-lain; dan
    2. Penyaksian borang. Contohnya Pindahmilik Tanah, Gadaian, Kaveat Persendirian dan lain-lain.

     

    Tujuan e-Janji Temu diperkenalkan ialah:

    1. Membolehkan pelanggan seperti firma guaman merancang dan mengurus masa untuk berurusan.
    2. Mengurangkan masa menunggu.
    3. Menyokong inisiatif Kerajaan untuk mengamalkan ‘kebiasaan baharu’ atau the new normal.

     

    Syarat-syarat yang ditetapkan bagi tempahan e-Janji Temu adalah seperti berikut:

    1. Tempahan di dalam e-Janji Temu boleh dibuat oleh pengguna awam yang mempunyai ID dan kata laluan sistem e-Tanah.
    2. e-Janji Temu boleh dibuat mulai 16 Jun 2020 dan tempahan pertama adalah bermula pada 22 Jun 2020.
    3. Tempahan dibuka terhad sehingga dua (2) minggu ke hadapan. Contohnya pada 16 Jun 2020, tempahan untuk janji temu boleh dibuat bagi tarikh 22 sehingga 3 Julai 2020.
    4. Tempahan bagi setiap firma guaman adalah terhad kepada dua (2) slot sahaja setiap hari.
    5. Tempahan bagi setiap wakil firma adalah terhad kepada dua (2) slot sahaja setiap hari.
    6. Slip dan kod QR janji temu akan dijana selepas tempahan berjaya dibuat. Slip atau imej kod QR tesebut hendaklah dikemukakan ketika berurusan di kaunter berkenaan. 
    7. Pemohon perlu berada di pejabat ini 15 minit sebelum waktu janji temu. Pejabat ini berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat.
    8. Pemohon hendaklah membatalkan tempahan e-Janji Temu sekiranya tidak dapat hadir. Pejabat ini akan memantau prestasi kehadiran. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat daripada berurusan.
    9. Semua peguam dan wakil firma guaman diwajibkan untuk membuat tempahan janji temu melalui e-Janji Temu bagi urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga. Mana-mana peguam dan wakil firma yang hadir tanpa tempahan janji temu daripada firma guaman tidak dibenarkan membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga.
    10. Selain urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dan penyaksian, pemohon boleh hadir terus ke pejabat ini untuk berurusan.

     

    Mulai 22 Jun 2020, semua wakil firma yang ingin membuat perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dikehendaki mengemukakan slip janji temu yang dijana daripada sistem e-Tanah.

     

    Rujuk Panduan Pengguna, Video Manual Pengguna dan Soalan Lazim berhubung e-Janji Temu untuk maklumat lanjut.

     

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    5 Jun 2020