Pengaktifan fungsi pengimbasan Pointer (PTR) Record dan Sender Policy Framework (SPF) Record di peringkat Email Security Gateway (ESG) MyGovUC
Tarikh Kemaskini: Isn, 16 Mac 2020
Berkuatkuasa 16 Mac 2020, perkhidmatan e-mel MyGovUC akan diperkukuhkan dengan fungsi kawalan keselamatan bagi semakan rekod Domain Name System (DNS) iaitu Pointer Record (PTR), Sender Policy Framework (SPF), DomainKeys Identified Mail (DKIM) dan Domain-Based Message Authentication, Reporting, and Conformance (DMARC). 
 
 Sehubungan dengan itu, pentadbir e-mel agensi di luar domain MyGovUC hendaklah mewujudkan rekod tersebut di DNS agensi masing-masing sebelum tarikh penguatkuasaan bagi mengelakkan penghantaran e-mel kepada domain MyGovUC terganggu. 
  
|   Tarikh Mula  |    16 Mac 2020  |  
|   Tarikh Tamat  |    Tidak Berkenaan  |  
|   Kerja-kerja / Tujuan / Sebab  |    Pasukan Keselamatan MyGovUC akan mengaktifkan pengimbasan rekod PTR dan SPF di peringkat ESG pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan keselamatan perkhidmatan e-mel MyGovUC.  |  
|   Kesan kepada Pengguna yang terlibat  |    i. Pengguna MyGovUC akan gagal menerima e-mel daripada penghantar yang domain e-melnya tidak mempunyai rekod PTR dan SPF.  |  
|   Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi:  |    Meja Bantuan MyGovUC: Hotline : 03-7711 4646 E-mel : vadsservicedesk@vads.com  |  
 
  
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


