penutupan penuh portal rasmi dan portal awam etanah pada 3 November 2023
Tarikh Kemaskini: Jum, 3 Nov 2023
Adalah dimaklumkan bahawa PPTGWP akan menjalankan aktiviti Technology Refresh bagi perkakasan Sistem e-Tanah bermula jam 6.00 petang sehingga 9.00 malam pada 03 November 2023 (Jumaat).
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi ,Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula selepas aktiviti Technology Refresh selesai.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah/petak secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB, Pos Online dan juga JomPAY. Bagi pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembayaran cukai tanah masih boleh dibuat melalui Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, dan BSN. Manakala pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.
Facebook : Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP
Instagram & Twitter : @pptg_wp
Segala kesulitan amat dikesali.