Penutupan Sementara Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS pada 31 Disember 2020
Tarikh Kemaskini: Kha, 31 Dis 2020
Selaras dengan penutupan akaun akhir tahun, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu mengikut ketetapan di bawah bagi membolehkan aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian akaun dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Tarikh : 31 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 4.00 petang sehingga selesai
Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelarasan dan pengemaskinian akaun selesai dilaksanakan. Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.