Penutupan Sementara Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS pada 31 Mei 2021
Tarikh Kemaskini: Sab, 29 Mei 2021
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PPTG WPKL akan menjalankan aktiviti janaan denda lewat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Mei 2021 (Isnin)
Masa : 11.00 malam sehingga selesai.
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan MySMS tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.