Penutupan Sementara Portal Awam eTanah dan eBayaran PPTGWP pada 31 Mei 2024
Tarikh Kemaskini: Rab, 15 Mei 2024
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan menjalankan aktiviti janaan denda lewat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Mei 2024
Masa : 11.00 malam sehingga selesai.
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah/petak secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB, Pos Online dan juga JomPAY. Bagi pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembayaran cukai tanah masih boleh dibuat melalui Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, dan BSN. Manakala pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.
Sekian. Terima kasih.