Penutupan Sementara Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran pada 15 Oktober 2021
Tarikh Kemaskini: Jum, 15 Okt 2021
Capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, dan e-Bayaran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan ditutup sementara waktu mengikut ketetapan di bawah bagi membolehkan aktiviti penyelenggaraan firewall dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Tarikh : 15 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam sehingga 11.00 malam
Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelenggaraan selesai dilaksanakan. Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.