Penutupan Sementara Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan eSemakan PPTG WP pada 4 Februari 2022
Tarikh Kemaskini: Jum, 4 Feb 2022
Capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan eSemakan PPTG WP akan ditutup sementara waktu mengikut ketetapan di bawah bagi membolehkan aktiviti penyelenggaraan firewall dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Tarikh : 4 Februari 2022 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam sehingga selesai
Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelenggaraan selesai dilaksanakan. Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Manakala, pembayaran cukai tanah bagi pemilik di Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh membuat bayaran secara perbankan internet melalui maybank2u, cimbclicks dan BSN
Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.