penyelenggaraan tidak berjadual ke atas Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP
Tarikh Kemaskini: Kha, 15 Sep 2022
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa PPTGWP akan menjalankan penyelenggaraan tidak berjadual ke atas Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP bermula pukul 8:00 malam 15 September 2022 (Khamis) sehingga selesai.
Sehubungan dengan itu, capaian ke Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP melibatkan urusan di PPTGWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak dapat diakses sehingga kerja-kerja penyelenggaraan tidak berjadual tersebut selesai. Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelenggaraan selesai dilaksanakan.
Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Manakala, pembayaran cukai tanah bagi pemilik di Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh membuat bayaran secara perbankan internet melalui maybank2u, cimbclicks dan BSN
Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.