PERKHIDMATAN TALIAN KHIDMAT PELANGGAN PPTG WPKL TERGENDALA
Tarikh Kemaskini: Rab, 7 Jul 2021
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan talian khidmat pelanggan PPTGWPKL akan tergendala dan tidak dapat dihubungi buat sementara waktu bermula 7 hingga 8 Julai 2021.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.
Facebook : Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP
Instagram & Twitter : @pptg_wp
Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) serta lain - lain perkhidmatan berkaitan.
Segala kesulitan amat dikesali.