Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah - Seksyen 204D KTN
Tarikh Kemaskini: Rab, 17 Jul 2019
MAKLUMAT AM
Permohonan Permohonan Serahbalik Dan Berimilik Semula Tanah - Seksyen 204D KTN bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN .
Bil. | Perkara | Mandotori |
1. | Borang 12D (3 salinan) | / |
2. | Carian rasmi / salinan hakmilik terkini beserta salinan Pelan | / |
3. | Hak Milik Asal (Sekiranya hak milik asal dipegang oleh pemegang gadaian tersebut ke dalam hak milik baru diperlukan) | / |
4. | Surat Kebenaran Dari Pihak Berkepentingan : 1 Pemegang Gadaian 2. Pemegang Pajakan 3. Pemegang Lien 4. Pengkaveat | / |
5. | Salinan Resit Cukai Tanah Terkini/Semasa | / |
6. | 1 keping CD Autocad pelan pra hitungan format DXF & DWG 2000 sahaja | / |
7. | Pelan: 15 keping pra hitungan – Diperakukan oleh DBKL; ATAU 10 Keping deraf pelan pra hitungan (bagi permohonan yang diluluskan oleh DBKL) | / |
8. | Salinan Perintah Pembangunan / Surat dari DBKL dan masih berkuatkuasa 1. Perintah Pembangunan (1 tahun tempoh sah laku) 2. Surat Kelulusan dari JPRB (zoning) - sekiranya Perintah Pembangunan belum dikeluarkan 3. Bagi bangunan yang telah siap dibina dan diduduki. Sila serahkan Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF/CC) | / |
9. | Bukti pembelian tanah : 1. Permohonan Individu - Salinan kad pengenalan pemilik - Salinan pemegang surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 2. Permohonan pemilik berdaftar (Syarikat) - Carian SSM (3 bulan dari tarikh permohonan) - Salinan dokumen surat kuasa wakil (PA) yang telah di daftarkan di Pejabat Tanah 3. Permohonan Pertubuhan / Persatuan / Perbadanan - Salinan Perlembagaan - Surat pengesahan lantikan 4. Permohonan Pemegang Amanah - Salinan surat ikatan amanah (Trust Deed) | / |
* Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakui sah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. |
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
Bil | Perkara | FI(RM) |
1. | Permohonan Bagi Setiap Hak Milik | 300.00 |
2. | Permohonan bagi setiap lot yang akan dikeluarkan hak milik selepas pemberimilikan semula | 20.00 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
Bil | Langkah-langkah |
1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian Sistem e-TANAH (PSBB), pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang |
2. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemohon |
3. | Setelah selesai urusan (2), sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah |
4. | Setelah selesai urusan (3), semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter SPOC Bahagian Pembangunan Tanah |