Waktu Urusan Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sempena Hari Kebangsaan 2022
Tarikh Kemaskini: Rab, 24 Ogos 2022
Para pelanggan dimohon untuk sentiasa mengamalkan SOP norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sepanjang berurusan di premis ini.
Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) serta lain - lain perkhidmatan berkaitan.
Sekian Terima Kasih.