Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    NOTIS PEMBUKAAN SEPARA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTGWPKL) MULAI 19 MEI 2021

    Tarikh Kemaskini: Tue, 18 May 2021



    Dimaklumkan bahawa urusan Kaunter Aras G (Pendaftaran), Kaunter Aras 1 (Hasil) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL) akan beroperasi semula mulai 19 Mei 2021 (Rabu).
     

    Manakala, tiga (3) Bahagian di PPTG WPKL dan satu Kaunter Perkhidmatan DITUTUP sehingga 21 Mei 2021 (Jumaat) dan akan beroperasi semula seperti biasa pada 24 Mei 2021 (Isnin) iaitu:

    i. Bahagian Teknikal dan Penguatkuasa (Aras 2);
    ii. Bahagian Pemberimilikan dan Pelesenan (Aras 2); 
    iii. Bahagian Strata (Aras 6) dan
    iv. Kaunter Penyaksian (Aras 1)
     

    Sebarang urusan temujanji secara bersemuka di PPTG WPKL juga tidak dibenarkan sehingga 21 Mei 2021 (Jumaat). 
     

    Para pelanggan diminta sentiasa mengamalkan SOP norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 sepanjang berurusan di premis ini. 
     

    Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml serta lain - lain perkhidmatan berkaitan. 
     

    Segala kesulitan amat dikesali.