Bahasa Lain  

 

Hot Topics

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Penyelenggaraan Tidak Berjadual ke atas Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP

    Tarikh Kemaskini: Fri, 23 Sep 2022

    Pelanggan yang dihormati,

     

    Dimaklumkan bahawa PPTGWP akan menjalankan penyelenggaraan tidak berjadual ke atas Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP bermula pukul 12.00 tengah malam pada 24 September 2022 ( Sabtu) sehingga 25 September 2022 (Ahad).

     

    Sehubungan dengan itu, capaian ke Portal Awam e-Tanah Wilayah Persekutuan dan Portal Rasmi PPTGWP melibatkan urusan di PPTGWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak dapat diakses sehingga kerja-kerja penyelenggaraan tidak berjadual tersebut selesai.  Perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa selepas aktiviti penyelenggaraan selesai dilaksanakan.

     

    Bagi urusan pembayaran cukai tanah dan cukai petak, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
     

    Manakala, pembayaran cukai tanah bagi pemilik di Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh membuat bayaran secara perbankan internet melalui maybank2u, cimbclicks dan BSN

     

    Segala kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.