Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    Permohonan Hakmilik & Pelan Hilang dibawah Seksyen 166 (1) (d) & 187B (b) KTN

    Tarikh Kemaskini: Sel, 24 Mac 2020

    Maklumat Am

    Permohonan Hakmilik & Pelan Hilang dibawah Seksyen 166 (1) (d) & 187B (b) KTN.

     

    Senarai Dokumen

    Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:

     

    Bil.

    Maklumat/Dokumen

    Mandatori

     

    1.

     

    SURAT PERMOHONAN

    1. No. & Jenis Hakmilik

                    (HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)

    1. No. Lot/Pt
    2. Mukim/Bandar/Pekan
    3. Negeri

    *Sekiranya pemohon adalah syarikat/persatuan/firma, sila gunakan Letterhead.

     

     

     

    2.

     

    SURAT AKUAN SUMPAH

    1. Kesemua Pemilik Berdaftar

    *Sekiranya pemilik berdaftar adalah Syarikat, Surat Akuan Sumpah daripada dua (2) orang Pengarah Syarikat perlu disertakan.

    * Sekiranya pemilik berdaftar adalah persatuan, Surat Akuan Sumpah daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu disertakan.

    1. Pemegang Gadaian (sekiranya berkaitan)
    2. Pemegang Kaveat Lien/Persendirian (sekiranya berkaitan)
    3. Mana-mana pihak berkepentingan yang lain

     

    *Pemohon perlu nyatakan maklumat-maklumat berikut pada Surat Akuan Sumpah yang disertakan:

                 I. Bila kehilangan berlaku

                II. Sebab kehilangan

               III. Dimana berlaku kehilangan

               IV. Maklumat mengenai tanah yang hilang:

    1. No. & Jenis Hakmilik

           (HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)

    1. No. Lot/Pt
    2. Mukim/Bandar/Pekan
    3. Negeri

     

     

     

    3.

    SALINAN MAYKAD YANG DIAKUI SAH BAGI SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM PERMOHONAN

     

     

    4.

     

    LAPORAN POLIS (Pilihan)

    *Laporan polis perlu dilampirkan sekiranya melibatkan kes kecurian / rompakan / kebakaran / banjir dan laporan tersebut mestilah yang asal atau diakui sah oleh balai polis berkaitan

    *Pemohon perlu nyatakan maklumat-maklumat berikut pada laporan polis yang disertakan:

                 I. Bila kehilangan berlaku

                II. Sebab kehilangan

               III. Dimana berlaku kehilangan

               IV. Maklumat mengenai tanah yang hilang:

    1. No. & Jenis Hakmilik

                            (HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)

    1. No. Lot/Pt
    2. Mukim/Bandar/Pekan
    3. Negeri

     

     

     

    5.

     

    Sekiranya pemilik berdaftar adalah SYARIKAT, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

    1. Salinan Borang 13 (sekiranya berkaitan & diakui sah oleh Setiausaha Syarikat)
    2. Salinan Borang 24 (diakui sah oleh Setiausaha Syarikat)
    3. Salinan Borang 49 atau Seksyen 58 (diakui sah oleh Setiausaha Syarikat)
    4. Salinan Section 14 (sekiranya berkaitan)
    5. Carian Asal SSM yang terkini (tempoh sah laku tiga (3) bulan daripada tarikh pengeluaran dokumen)

     

     

     

    6.

     

    Sekiranya pemilik berdaftar adalah PERSATUAN, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

    1. Senarai Ahli Persatuan
    2. Akta Tubuh/Perbadanan (sekiranya berkaitan)
    3. Minit mesyuarat perlantikan terkini ahli jawatankuasa

     

     

     

    7.

     

    CARIAN PERSENDIRIAN/SALINAN DIAKUI SAH (CTC)

    (tempoh sah laku tiga (3) bulan daripada tarikh pengeluaran dokumen)

     

     

     

    Catatan:

    *Sekiranya hakmilik & pelan hilang dalam firma atau pihak berkepentingan, Surat Akuan Sumpah dan salinan kad pengenalan daripada peguam atau pihak berkepentingan perlu disertakan. 

    *Status permohonan boleh disemak selepas enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan.

     

    *Tempoh masa proses penggantian hakmilik beserta pelan hilang adalah tiga (3) hingga empat (4)  bulan (sekiranya permohonan lengkap).

     

    *Tempoh masa proses penggantian pelan hilang  adalah empat belas (14) hari bekerja

    (sekiranya permohonan lengkap).

     

    *Bagi permohonan hakmilik beserta pelan hilang pihak berkepentingan adalah WAJIB hadir panggilan siasatan pada tarikh yang telah ditetapkan.  

     

    *Sekiranya hakmilik asal telah dijumpai, sila maklumkan kepada pejabat ini dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

     

    *Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

     

    Fi

    Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.

     

    Bil.

    Perkara

    Fi (RM)

    1.

    Permohonan Hakmilik beserta Pelan Hilang

    120.00

    2.

    Permohonan Pelan Hilang

    60.00

     

    Cara Memohon

    Terdapat satu (1) cara bagi membuat permohonan iaitu di Kaunter Pejabat Tanah (Kaunter SPOC Bahagian Pendaftaran)

     

    Contoh surat:

    1. Maklumat Pemohon dan Wakil

    2. Surat Akuan Sumpah 

    3. Surat Permohonan