Permohonan Hakmilik & Pelan Hilang dibawah Seksyen 166 (1) (d) & 187B (b) KTN
Tarikh Kemaskini: Sel, 24 Mac 2020
Maklumat Am
Permohonan Hakmilik & Pelan Hilang dibawah Seksyen 166 (1) (d) & 187B (b) KTN.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:
Bil. | Maklumat/Dokumen | Mandatori |
1. |
SURAT PERMOHONAN
(HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)
*Sekiranya pemohon adalah syarikat/persatuan/firma, sila gunakan Letterhead.
|
|
2. |
SURAT AKUAN SUMPAH
*Sekiranya pemilik berdaftar adalah Syarikat, Surat Akuan Sumpah daripada dua (2) orang Pengarah Syarikat perlu disertakan. * Sekiranya pemilik berdaftar adalah persatuan, Surat Akuan Sumpah daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu disertakan.
*Pemohon perlu nyatakan maklumat-maklumat berikut pada Surat Akuan Sumpah yang disertakan: I. Bila kehilangan berlaku II. Sebab kehilangan III. Dimana berlaku kehilangan IV. Maklumat mengenai tanah yang hilang:
(HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)
|
|
3. | SALINAN MAYKAD YANG DIAKUI SAH BAGI SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM PERMOHONAN |
|
4. |
LAPORAN POLIS (Pilihan) *Laporan polis perlu dilampirkan sekiranya melibatkan kes kecurian / rompakan / kebakaran / banjir dan laporan tersebut mestilah yang asal atau diakui sah oleh balai polis berkaitan *Pemohon perlu nyatakan maklumat-maklumat berikut pada laporan polis yang disertakan: I. Bila kehilangan berlaku II. Sebab kehilangan III. Dimana berlaku kehilangan IV. Maklumat mengenai tanah yang hilang:
(HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR)
|
|
5. |
Sekiranya pemilik berdaftar adalah SYARIKAT, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
|
|
6. |
Sekiranya pemilik berdaftar adalah PERSATUAN, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
|
|
7. |
CARIAN PERSENDIRIAN/SALINAN DIAKUI SAH (CTC) (tempoh sah laku tiga (3) bulan daripada tarikh pengeluaran dokumen)
|
|
Catatan:
*Sekiranya hakmilik & pelan hilang dalam firma atau pihak berkepentingan, Surat Akuan Sumpah dan salinan kad pengenalan daripada peguam atau pihak berkepentingan perlu disertakan.
*Status permohonan boleh disemak selepas enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan.
*Tempoh masa proses penggantian hakmilik beserta pelan hilang adalah tiga (3) hingga empat (4) bulan (sekiranya permohonan lengkap).
*Tempoh masa proses penggantian pelan hilang adalah empat belas (14) hari bekerja
(sekiranya permohonan lengkap).
*Bagi permohonan hakmilik beserta pelan hilang pihak berkepentingan adalah WAJIB hadir panggilan siasatan pada tarikh yang telah ditetapkan.
*Sekiranya hakmilik asal telah dijumpai, sila maklumkan kepada pejabat ini dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
*Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
Bil. | Perkara | Fi (RM) |
1. | Permohonan Hakmilik beserta Pelan Hilang | 120.00 |
2. | Permohonan Pelan Hilang | 60.00 |
Cara Memohon
Terdapat satu (1) cara bagi membuat permohonan iaitu di Kaunter Pejabat Tanah (Kaunter SPOC Bahagian Pendaftaran)
Contoh surat: