Makluman - Gangguan Capaian Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan Internet pada 2 Oktober 2020
Tarikh Kemaskini: Rab, 30 Sep 2020
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PPTG WPKL akan menjalankan kerja-kerta penyelenggaraan Firewall Tier-2 Sophos di Pusat Data PPTG WPKL bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Aktiviti ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 2 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang sehingga 10.00 malam.
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan Internet tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.