Garis Panduan PPTG WP
SEKTOR PENDAFTARAN | ||
1. | Garis Panduan Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Tanah | |
2. | Garis Panduan Bahagian Hasil | |
Pemberitahuan Keputusan Untuk Menghadkan Bilangan Bukan Warganegara dan Syarikat Asing bagi Memiliki Hartanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah (MJKT) Wilayah Persekutuan Putrajaya Bil. 74/2016 telah bersetuju untuk menghadkan bilangan bukan warganegara dan syarikat asing bagi memiliki hartanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, dengan syarat-syarat seperti berikut :
i. | Pemilikan hartanah jenis “kediaman” (landed property dan landed strata) oleh bukan warganegara tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan; dan |
ii. | Pemilikan hartanah jenis “kediaman” (strata bertingkat) oleh bukan warganegara dan jenis “perniagaan” oleh syarikat asing dihadkan kepada 5% daripada keseluruhan jumlah hartanah pada suatu masa. |
Sehubungan itu, keputusan oleh MJKT ini adalah berkuatkuasa mulai 1 September 2016.
Bahagian Pendaftaran
PPTG WP Putrajaya