Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Strata
Tarikh Kemaskini: Rab, 14 Jul 2021
MAKLUMAT AM
Permohonan Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Strata bagi hakmilik tanah yang mempunyai sekatan kepentingan.
SENARAI SEMAK URUSAN KEBENARAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN STRATA - KPMGD(S)
| Bil. | Perkara | Mandatori |
| 1. | Carian Persendirian / Carian rasmi / salinan hakmilik pejabat tanah diakuisah oleh Pendaftar Hakmilik | / |
| 2. | Salinan Perjanjian Jual Beli / Perintah Mahkamah / Perintah Pusaka / Deed of Gift / Dokumen pembuktian pertalian (Suami-Isteri, Anak-Beranak) | / |
| 3. | Salinan Tawaran Pinjaman Bank / Surat Pengesahan Jawatan oleh Majikan & Surat Tawaran Pinjaman LPPSA | / |
| 4. | Dokumen Pengenalan - Pemilik / Tuan Tanah Berdaftar / Penjual Individu - Salinan Kad Pengenalan / Pasport diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / |
| 5. | Dokumen Pengenalan - Penerima Milik / Pembeli Individu - Salinan Kad Pengenalan / Pasport diakuisah* Syarikat - Carian SSM terkini* Persatuan / Pertubuhan - Undang-Undang Tubuh / Minit Mesyuarat | / |
| 6. | Lain-Lain (Nyatakan:...............................................) Salinan Perjanjian Jual Beli Pertama (Jika melibatkan penjualan rumah kos rendah), Salinan Surat Kuasa Wakil, Perintah dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu | |
| * Setiap salinan perlu diakuisah sebelum dikemukakan kepada pejabat ini oleh Peguam, Majistret, Pegawai Kerajaan di Kumpulan Pengurusan & Profesional dan lain-lain orang yang dibenarkan. * Tempoh bagi carian SSM terkini dan carian rasmi/salinan hakmilik pejabat tanah yang diakuisah oleh pendaftar hakmilik hanya terpakai 3 bulan sahaja daripada tarikh yang dikeluarkan. | ||
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) |
| 1. | Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian Strata – KPMGD(S) | 50 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah |
| 1. | Setelah selesai isi maklumat atas talian, pemohon perlu mencetak, dan hardcopy yang keluar berbentuk borang |
| 2. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di antara Pemilik Tanah Berdaftar (Penjual) dan Penerima milik (Pembeli) |
| 3. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah |
| 4. | Setelah selesai urusan iii, semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan semasa berurusan di kaunter Unit Kebenaran Pindahmilik |








