Makluman berkaitan permohonan Pembangunan dan Kebenaran Pindah Milik (Consent) selaras penutupan pejabat berikutan perintah kawalan pergerakan 18 Mac hingga 28 April 2020
Tarikh Kemaskini: Kha, 23 Apr 2020
- Surat permohonan lanjut tempoh bayaran premium (Borang 5A) bagi kelulusan di bawah seksyen 204D KTN 1965 dan bayaran premium lanjutan (Borang 7G) bagi kelulusan di bawah seksyen 124 KTN 1965 dikemukakan secara atas talian sebelum tamat tempoh bayaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat kelulusan ke PPTGWPKL. Ianya bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pihak berkepentingan untuk membuat permohonan pelanjutan bayaran premium dan premium lanjutan semasa tempoh PKP.
- Pelanjutan tempoh surat kelulusan kebenaran (consent) yang diluluskan sebelum PKP dan akan tamat tempoh semasa PKP, diberikan secara automatik iaitu selama enam bulan bermula dari tarikh tamat PKP. Dengan cara ini pihak berkepentingan tidak perlu mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh surat kelulusan kebenaran (consent) dan pada masa yang sama inisiatif ini memberikan kemudahan kepada pihak berkepentingan supaya urusniaga (pindah milik, gadaian dan pajakan) dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar selepas tamat tempoh PKP.
- Surat permohonan lanjut tempoh bayaran premium (Borang 5A) bagi kelulusan di bawah seksyen 204D KTN 1965 dan bayaran premium lanjutan (Borang 7G) bagi kelulusan di bawah seksyen 124 KTN 1965 dan premium lanjutan (Borang 7G) tersebut hendaklah dikemukakan secara emel ke alamat hafez@ptgwp.gov.my atau suraya@ptgwp.gov.my. Bayaran permohonan lanjut tempoh bayaran premium dan premium lanjutan ini boleh dijelaskan selepas tamat tempoh PKP.