Bahasa Melayu Bahasa Melayu English English
Bahasa Lain

Topik Popular

|
  |  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
    •  
  • image

    Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    soalanSoalan Lazim
    addressHubungi Kami
     
    reportAduan/Maklum Balas
    mapPeta Laman
    Soalan
    Lazim
    Hubungi
    Kami
    Aduan / Maklumbalas Peta
    Laman

    MAKLUMAN PENGOPERASIAN KAUNTER PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 BERMULA 01 JULAI 2021

    Tarikh Kemaskini: Isn, 5 Jul 2021

     

     
    Berikutan pengumuman kerajaan mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 di seluruh negara, operasi perkhidmatan kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) adalah seperti berikut : -
     
    1. Semua Kaunter PPTGWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang (Isnin - Jumaat).
    2. Kaunter Penyaksian akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Isnin - Jumaat). Perkhidmatan penyaksian dan sistem e-janji temu penyaksian akan mula diguna pakai bermula pada 05 Julai 2021.
     
    Bermula 01 Julai 2021, kaedah urusan di kaunter PPTGWP adalah seperti berikut:
     
    1. Kaunter Perserahan – melalui janji temu menerusi sistem e-janji temu di Portal Awam e-Tanah
    2. Kaunter Pemberimilikan dan Pelesenan – melalui janji temu menerusi e-mel pelupusantanah@ptgwp.gov.my
    3. Kaunter Strata – melalui janji temi menerusi e-mel strata@ptgwp.gov.my
    4. Kaunter Penyaksian – melalui janji temu menerusi Portal Awam PPTGWP
    5. Kaunter di PPTGWP Putrajaya – Melalui janji temu menerusi e-mel temujanjipj@ptgwp.gov.my
    6. Kaunter di PPTGWP Labuan – melalui janji temu menerusi e-mel pejabattanahlabuan@ptgwp.gov.my
    7. Kaunter Carian/Kutipan/Hasil/Teknikal/Pelan/Pembangunan Tanah/Consent – secara “walk-in”
     
    Para pelanggan diminta sentiasa mengamalkan SOP norma baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 sepanjang berurusan di premis ini. 
     
    Para pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang boleh dilayari melalui Portal Rasmi PTGWP (http://www.ptgwp.gov.my/portal/landing-page) atau Portal Awam e-Tanah WP Kuala Lumpur (www.ptgwp.gov.my/etanah-awam) bagi urusan berkaitan Permohonan Carian Persendirian, Permohonan Carian Rasmi, Permohonan Kebenaran Pindahmilik, Permohonan Pembangunan dan Pelupusan Tanah, Semakan dan Pembayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak (e-Bayaran) https://www.ptgwp.gov.my/.../EBayaranSemakBayarCukaiTanah... serta lain - lain perkhidmatan berkaitan. 
     
    Segala kesulitan amat dikesali.