Penutupan Sementara e-Bayaran dan Single Windows Search (SWS) PPTG WPKL bagi saluran FPX pada 19 Jun 2021
Tarikh Kemaskini: Jum, 18 Jun 2021
Adalah dimaklumkan bahawa pihak PPTG WPKL akan menjalankan aktiviti renew certification FPX Exchange seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Jun 2021 - (3.30 pagi hingga 10.00 pagi).
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan e-Bayaran dan Single Windows Search (SWS) bagi saluran FPX tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Kad Kredit / Kad Debit / Kad Amex melalui eBayaran ataupun Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB dan juga Pos Online.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.