Penutupan Sementara Kaunter SPOC Aras G, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WPKL pada 29 Jun 2018
Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter SPOC Aras G, PPTG WPKL tidak akan beroperasi pada 29 Jun 2018 (Jumaat) bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan di Aras G Rumah Persekutuan.
Walau bagaimanapun, Kaunter SPOC Aras 1 dan 2 serta lain-lain kaunter di Aras 3 dan 6 masih beroperasi seperti biasa.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian. Terima kasih.