penutupan sementara portal rasmi dan portal awam etanah pptgwp pada 21 Februari 2025
Tarikh Kemaskini: Kha, 20 Feb 2025

Adalah dimaklumkan, capaian ke perkhidmatan Portal Rasmi, Portal Awam e-Tanah, e-Bayaran dan eSemakan PPTG WP akan ditutup untuk sementara waktu seperti pada ketetapan di bawah bagi membolehkan aktiviti penyelenggaraan firewall dilaksanakan.
Tarikh : 21 Februari 2025 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang sehingga selesai
Sepanjang tempoh tersebut, capaian ke perkhidmatan Portal Awam e-Tanah dan e-Bayaran tidak dapat diakses. Sistem akan beroperasi semula seperti biasa selepas tarikh dan waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, pemilik tanah/strata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih boleh membuat pembayaran cukai tanah/petak secara Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, RHB, Pos Online dan juga JomPAY. Bagi pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Putrajaya, pembayaran cukai tanah masih boleh dibuat melalui Perbankan Internet melalui Maybank2U, CimbClicks, dan BSN. Manakala pemilik tanah di Wilayah Persekutuan Labuan boleh membuat pembayaran cukai tanah secara Perbankan Internet melalui FPX.
Sebarang pertanyaan/aduan boleh dibuat melalui peti pesanan media sosial rasmi PPTGWP (Facebook/ Instagram/ Twitter) atau emel ke tanahwila@ptgwp.gov.my.
Sekian. Terima kasih.