Permohonan Hakmilik & Pelan Rosak dibawah Seksyen 168 KTN
Tarikh Kemaskini: Sel, 24 Mac 2020
Maklumat Am
Permohonan Hakmilik & Pelan Rosak dibawah Seksyen 168 KTN.
Senarai Dokumen
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:
|   Bil.  |    Maklumat/Dokumen  |    Mandatori  |  
|   
 1.  |    
 SURAT PERMOHONAN 
 (HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR) 
 *Sekiranya pemohon adalah Syarikat/Persatuan/Firma, sila gunakan Letterhead. 
  |    
  |  
|   
 2.  |    
 SURAT AKUAN SUMPAH 
 *Sekiranya pemilik berdaftar adalah Syarikat, Surat Akuan Sumpah daripada dua (2) orang Pengarah Syarikat perlu disertakan. * Sekiranya pemilik berdaftar adalah Persatuan, Surat Akuan Sumpah daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu disertakan. 
 
 *Pemohon perlu nyatakan maklumat-maklumat berikut pada Surat Akuan Sumpah yang disertakan: I. Sebab kerosakan II. Maklumat mengenai tanah yang hilang: 
 (HSM,HSD,GRN,GM,PM,PN,GRT,CT,EMR,QTR) 
 
  |    
  |  
|   
 3.  |    
 SALINAN MAYKAD YANG DIAKUI SAH BAGI SEMUA INDIVIDU YANG TERLIBAT DALAM PERMOHONAN 
  |    
  |  
|   
 4.  |    
 LAPORAN POLIS (Pilihan) 
 
  |    
  |  
|   
 5.  |    
 Sekiranya pemilik berdaftar adalah SYARIKAT, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut: 
 
  |    
  |  
|   
 6.  |    
 Sekiranya pemilik berdaftar adalah PERSATUAN, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut: 
 
  |    
  |  
|   
 7.  |    
 CARIAN PERSENDIRIAN/SALINAN DIAKUI SAH (CTC) (tempoh sah laku tiga (3) bulan daripada tarikh pengeluaran dokumen) 
  |    
  |  
|   
 8.  |    
 DOKUMEN HAKMILIK KELUARAN (DHKK) DAN PELAN YANG ROSAK 
  |    
  |  
|   
 9. 
  |    
 SALINAN BIL CUKAI TANAH TAHUN SEMASA - PEJABAT TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 
  |    
  |  
Catatan:
*Sekiranya hakmilik & pelan dirosakkan oleh firma atau pihak berkepentingan, Surat Akuan Sumpah dan salinan kad pengenalan daripada peguam atau pihak berkepentingan perlu disertakan.
*Status permohonan boleh disemak selepas enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan.
*Tempoh masa proses penggantian hakmilik beserta pelan rosak adalah tiga (3) hingga empat (4) bulan (sekiranya permohonan lengkap).
*Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
Fi
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
|   Bil.  |    Perkara  |    Fi (RM)  |  
|   1.  |    Permohonan Hakmilik beserta Pelan Rosak  |    60.00  |  
Cara Memohon
Terdapat satu (1) cara bagi membuat permohonan iaitu di Kaunter Pejabat Tanah (Kaunter SPOC Bahagian Pendaftaran)
Contoh surat:
 
 




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


