Permohonan Perintah Jualan
MAKLUMAT AM
Permohonan Perintah Jualan bagi hakmilik tanah di bawah Seksyen 260 KTN.
SENARAI SEMAK URUSAN PERMOHONAN PERINTAH JUALAN - PPJ
| Bil. | Perkara | Mandatori |
| 1. | Borang 16G oleh PEMEGANG GADAIAN - menggunakan Borang 16G yang dicetak menerusi portal awam e-Tanah - ditandatangani oleh wakil yang diberi kuasa melalui Surat Kuasa Wakil (PA) | / |
| 2. | Borang 16D | / |
| 3. | Surat Akuan Penyampaian Borang 16D - oleh Peguambela & Peguamcara Pemegang Gadaian - bukti penggadai terima notis 16D dengan sempurna (sertakan bukti penerimaan atau lain-lain bukti) | / |
| 4. | Sijil Carian Rasmi Hakmilik Strata/Landed - RM 50.00 – Fee Carian Rasmi (3 bulan terkini) | / |
| 5. | Surat Perlantikan Wakil atau Peguamcara - secara bertulis daripada Pemegang Gadaian (Seksyen 253(4) KTN) | / |
| 6. | Salinan Bil Cukai Tanah-Pejabat Tanah Wilayah - tahun semasa serta tunggakan (telah dijelaskan) | / |
| 7. | Salinan Bil Cukai Taksiran-DBKL - tahun semasa serta tunggakan (telah dijelaskan) | / |
| 8. | Salinan Bil Pembetungan Indahwater Konsortium Sdn Bhd - tahun semasa serta tunggakan | / |
| 9 | Penyata Perbadanan Pengurusan Bangunan (Hakmilik Strata sahaja) | / |
| 10. | Salinan Fotokopi Hakmilik - disahkan oleh Peguambela & Peguamcara | / |
| 11 | Salinan Fotokopi Gadaian dan Lampiran - disahkan oleh Peguambela & Peguamcara | / |
| 12. | Carian Kebankrapan | / |
FI
Maklumat ini merujuk Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 (Kaedah 53) bahagian Fee Pejabat.
| Bil | Perkara | FI(RM) |
| 1. | Permohonan Perintah Jualan – PPJ | 3,020.00 |
| 2. | Permohonan Penangguhan/Pembatalan Perintah Jualan – PPJ | 320.00 |
PERMOHONAN ATAS TALIAN
Cara Memohon:
| Bil | Langkah-langkah |
| 1. | Pemohon hendaklah membuat permohonan atas talian di atas portal awam e-tanah. |
| 2. | Setelah selesai mengisi maklumat atas talian, pemohon perlu mencetak hardcopy berbentuk borang. |
| 3. | Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemohon. |
| 4. | Setelah selesai urusan ii, sila muat naik borang tersebut serta dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak ke dalam sistem e-Tanah. |
| 5. | Setelah selesai urusan iii, semua dokumen tersebut hendaklah diserahkan dengan bayaran di kaunter SPOC Unit Pendaftaran. |
| 6. | Salinan Asal Hakmilik, Pendua Gadaian dan Borang 16Q hendaklah diserahkan kepada Pentadbir Tanah pada akhir siasatan jika perintah jual dikeluarkan atau sebelum Tujuh (7) hari dari tarikh lelongan awam. |








